Mansuh yuran universiti

Mansuh yuran universiti

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO mencadangkan kerajaan memansuhkan yuran pengajian di kesemua 22 universiti awam di negara ini bagi mengelakkan pelajar dibebani hutang sejurus menamatkan pengajian.
Ketuanya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, pemansuhan itu bagi mengelakkan mereka mengambil pelbagai pinjaman sehingga menanggung hutang bernilai ribuan ringgit apabila bekerja kelak.
Beliau berkata, yuran pengajian yang diperoleh universiti awam di seluruh negara sebenarnya terlalu kecil berbanding peruntukan yang diberi kerajaan setiap tahun.
"Puteri mencadangkan yuran pengajian para pelajar universiti ditampung oleh kerajaan melalui penambahan peruntukan kepada universiti.
"Dalam erti kata lain, pelajar tidak perlu membayar yuran dan universiti tidak kehilangan pendapatan hasil daripada pungutan yuran," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada persidangan pergerakan itu di sini semalam.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan memberitahu, jika cadangan itu dilaksanakan, pendidikan di Malaysia akan menjadi percuma sepenuhnya dari tadika sehingga ke menara gading.
Pada masa yang sama, Puteri UMNO turut menyarankan bahawa mereka yang berpendapatan di bawah RM4,000 dikecualikan daripada cukai pendapatan memandangkan taraf hidup semasa yang semakin tinggi.
"Kerajaan perlu mengkaji semula perlepasan cukai untuk rakyat yang berpendapatan di bawah RM4,000 termasuk perlepasan kos sara diri, kos perubatan, kos insurans dan lain-lain yang dapat mengimbangi kos sara hidup kini dikaji semula mengikut keperluan semasa," ujarnya.

 p/s: uishhhh...aku da nk abes bljr baru nk wat usul ka?? apekah??????

*sumber di copy paste dr sni http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm


 

No comments: