IVF part 2

assalamualaikum n haiii...

*lagi sekali warning, entry ni full of words*

sambung balik part 1 bfore ni...
nah link sape xbaca lagi..
kat sidebar belah kiri pon ade :)

untuk aku,
cucuk gonal-f start day 2 sampai la day 12 and 
cetrotide dari day 6 sampai la day 12...
everitime cucuk cetrotide tu, kpale aku pening2, muntah pon ade...
serius xlarat...rupe2 tu simptom OHSS.

OHSS 
Ovarian Hyperstimulation Syndrome.
Kesan negatif yang berpunca daripada bahan2 kimia yang dikeluarkan oleh 
ovari terlebih dirangsang ini.

Apa yang sebenarnya berlaku dalam OHSS?
Ovari yang membesar (sebab dirangsang) akan mengeluarkan bahan kimia yang memasuki aliran darah dan menjadikan salurdarah "bocor" sehingga cecair di dalam aliran darah ini mula mengalir keluar daripadanya dan memasuki ruang bahagian lain badan. Maka, kesan negatif yang berlaku adalah kesan daripada salurdarah bocor iaitu kesan pengumpulan cecair ini diruang tersebut dan akibat kehilangan secair ini ke atas aliran darah. Bahagian yang dimasuki cecair akan mengalami kesesakan, manakala salurdarah yang kehilangan cecair akan menjadi pekat sehingga darah membeku menjadi ketulan2 yang dipanggil thrombosis.

sumber http://dradilah.blogspot.my

selase 23/2 appoinment dengan pakar bius,
 TVS lagi sekali....
masa ni incik suami ade skali teman.
dia naik bas dari penang 22/2 mlm, 
smpai pagi 23/2 terus ke hospital den 
malam nye pukul 9 naik bas balik penang semula. huhuhu

khamis 25/2 datang balik hospital..
yup...banyak gile amik cuti untuk rawatan IVF ni. huuu
so doc pun cakap la nak pick up 29/2.
doktor bagi la segala arahan2.

siap doktor tulis ats kertas takut lupe..
walhal sape la nak lupe, stop cucuk kot. huhu

memandangkan aku dah ade simptom2 OHSS,
doktor pon suruh la aku cucuk decapeptyl.
ubat ni kene beli sendri...
rm200 untuk 2 injection....
jadi pada hari 27/2 sabtu tu,
merasa la 5 cucukan di perut.
3 pagi, 2 mlm...phewwww

owh deca ni bertujuan untuk pecahkan telur selepas 36jam di cucuk.
memandangkan prosedur aku kan 29/2 jam 10,
so sbb tu kne cucuk 27/2 jam 10 mlm.

ok nanti sambung balik hari pick up. hahaha








No comments: